Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa program marhaban bersama penduduk-penduduk
Ixora 2B akan diadakan seperti yang telah dipersetujui bersama dalam
mesyurarat AJK pada 9/9/2011 yang lalu seperti berikut,
Zon 5 (Jalan Ixora 44 & 46) => 19/9/2011 (Isnin)
Zon 4 (Jalan Ixora 43) => 20/9/2011 (Selasa)
Zon 3 (Jalan Ixora 41 + Bob~Hazizi) => 21/9/2011 (Rabu)
Zon 2 (Jalan Ixora 40) => 22/9/2011 (Khamis)
Zon 1 (Jalan Ixora 39 + Haris~Nasir) => 23/9/2011 (Jumaat)
Program akan dimulakan pada pukul 8.30 malam & diharap dapat berkumpul
dipondok yang berhampiran dengan Zon berkenaan.
Tuan-tuan rumah diharapkan dapat membuka pintu sebagai tanda untuk
kumpulan marhaban mengunjungi, sekiranya tertutup / tiada dirumah,
kunjungan akan dibuat kerumah-rumah yang berikutnya.
Penyediaan juadah adalah bergantung kepada perbincangan antara ahli-ahli
Zon. Amat digalakkan sekiranya dapat menyediakan juadah pada akhir program
dimana-mana rumah yang dipersetujui bersama ahli-ahli Zon.
Tabung marhaban juga akan diedarkan disepanjang majlis dimana kutipan yang
diterima akan digunakan untuk majlis jamuan hari raya seperti dibawah.
Majlis Jamuan Hari Raya pula akan diadakan pada 25/9/2011 (Ahad) bertempat
di hadapan rumah angkat (No.13 Ixora 42). Semua penduduk dijemput hadir
dengan membawa bersama keluarga serta sedikit juadah untuk dikongsi
bersama (pot luck). Majlis akan dimulakan sekitar jam 8.30 malam dan bakal
dihadiri oleh beberapa jemputan & kenamaan.
Menu utama akan disediakan oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun
sebarang tajaan dalam bentuk wang ringgit, makanan/minuman amat-amat
dihargai. Namun diharap agar dapat dimaklumkan terlebih dahulu kepada
pihak AJK untuk mengelakkan sebarang pembaziran serta memudahkan urusan.
Diharapkan program-program yang diatur ini dapat mengeratkan lagi tali
sillaturrahim antara penduduk sempena Lebaran yang mulia. Juga diharapkan
agar semua penduduk dapat sama-sama menjayakan program ini, Insyaallah.
Harap dapat dihebahkan kepada jiran-jiran terdekat. Pemberitahuan melalui
SMS dan pamplet akan dibuat sedikit masa lagi.
Sekian terima kasih.
AJK Publisiti,
Zahrin
012-7659144