Memo

Memo Aktiviti Kumpulan Yasin
Perbincangan yang berlangsung pada 26.06.2010 telah sebulat suara mencapai persetujuan majoriti seperti berikut:
1. Majlis Yasin akan dibuat setiap 3 minggu sekali.
2. Sumbangan RM5 setiap kali Yasin kepada tuan rumah dimansuhkan. Hanya kutipan derma ke Tabung Yasin akan dijalankan seperti biasa.
3. Giliran Yasin dibahagikan kepada 5 kumpulan seperti berikut:

Kumpulan 1
Dari rumah En.Rahim Jalan Ixora 39 bergabung dengan Jalan Ixora 42 sehingga rumah En.Nasir

Kumpulan 2
Seluruh Jalan Ixora 40

Kumpulan 3
Dari rumah En.Nik Lah Jalan Ixora 41 bergabung dengan Jalan Ixora 42 sehingga rumah En.Hazizi

Kumpulan 4
Seluruh Jalan Ixora 43

Kumpulan 5
Jalan Ixora 44 bergabung dengan Jalan Ixora 46

4. Ketua lorong akan berbincang dengan lorong masing – masing untuk menentukan siapa yang sukarela untuk ambil giliran Yasin bagi kumpulan tersebut. Jika tiada sesiapa yang berminat dari kumpulan tersebut, maka bacaan Yasin akan diteruskan juga ditempat berkecuali ( dibuat dipondok – pondok berhampiran). Ini bertujuan aktiviti Yasin terus berjalan walaupun tiada siapa yang berminat untuk mengambil giliran Yasin.

5. Kumpulan yang terlibat boleh bergotong - royong untuk persediaan juadah.

6. Yasin atas permintaan tuan rumah / berdasarkan keperluan tertentu seperti kematian dan lain – lain juga diterima.

7. Dana yang terkumpul dari tabung Yasin akan digunakan untuk pembelian kelengkapan majlis Yasin seperti khemah, meja lipat dan lain- lain. Perbincangan dan keputusan akan diadakan mengikut keperluan serta jumlah dana yang ada dari masa ke semasa.

8. Jadual aktiviti Yasin seterusnya untuk tahun 2010 adalah seperti berikut:

24.07.2010 - Hj.Selamat Bin Hj.Ayub ( 22 Ixora 43 / hajat tuan rumah )

31.07.2010 – En.Shafiea Bin Moosa ( 18 Ixora 44 / hajat tuan rumah )

07.08.2010 – En.Mohd.Zamani Bin Selamat ( 26 Ixora 44 / hajat tuan rumah )

25.09.2010 – En.Hazizi Bin Nordin ( 11 Ixora 42 / persetujuan tuan rumah )

Kesimpulan: Giliran pusingan pertama

En. Latif wakil kumpulan 1

Hj. Selamat wakil kumpulan 4

En. Safiea wakil kumpulan 5

En. Zamani wakil kumpulan 5

En. Hazizi wakil kumpulan 3

Kumpulan yang belum ada wakil – kumpulan 2

16.10.2010 – Kumpulan 2 ( Jalan Ixora 40 )

Giliran pusingan seterusnya

06.11.2010 – Kumpulan 1

27.11.2010 – Kumpulan 2

18.12.2010 – Kumpulan 3

07.01.2011 – Kumpulan 4

Pihak AJK bahagian keagamaan / kerohanian ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan – tuan semua di atas sokongan yang diberikan serta sudi datang dan hadir meluangkan masa pada perbincangan tersebut yang dapat dijalankan dalam suasana tenang dan berlapang dada secara terbuka.

Terima kasih juga di atas segala idea dan pandangan yang diberikan di dalam menjayakan aktiviti Yasin tersebut.

Memo ini juga bertindak sebagai pengganti kepada memo yang diedarkan sebelumnya. Mohon kerjasama tuan – tuan / puan – puan untuk menyimpan memo ini dengan baik untuk rujukan sehingga akhir tahun 2010.

Ajk Kerohanian

28.06.2010.