Program

BKPI2B Info : Program Marhaban & Jamuan Hari Raya Assalamualaikum WBT,
Sukacita dimaklumkan bahawa program marhaban bersama penduduk-penduduk Ixora 2B akan diadakan seperti yang telah dipersetujui bersama dalam mesyurarat AJK pada 9/9/2011 yang lalu seperti berikut,

Zon 5 (Jalan Ixora 44 & 46) => 19/9/2011 (Isnin)
Zon 4 (Jalan Ixora 43) => 20/9/2011 (Selasa)
Zon 3 (Jalan Ixora 41 + Bob~Hazizi) => 21/9/2011 (Rabu)
Zon 2 (Jalan Ixora 40) => 22/9/2011 (Khamis)
Zon 1 (Jalan Ixora 39 + Haris~Nasir) => 23/9/2011 (Jumaat)

Program akan dimulakan pada pukul 8.30 malam & diharap dapat berkumpul dipondok yang berhampiran dengan Zon berkenaan. Tuan-tuan rumah diharapkan dapat membuka pintu sebagai tanda untuk kumpulan marhaban mengunjungi, sekiranya tertutup / tiada dirumah, kunjungan akan dibuat kerumah-rumah yang berikutnya. Penyediaan juadah adalah bergantung kepada perbincangan antara ahli-ahli Zon. Amat digalakkan sekiranya dapat menyediakan juadah pada akhir program dimana-mana rumah yang dipersetujui bersama ahli-ahli Zon. Tabung marhaban juga akan diedarkan disepanjang majlis dimana kutipan yang diterima akan digunakan untuk majlis jamuan hari raya seperti dibawah.

Majlis Jamuan Hari Raya pula akan diadakan pada 25/9/2011 (Ahad) bertempat di hadapan rumah angkat (No.13 Ixora 42). Semua penduduk dijemput hadir dengan membawa bersama keluarga serta sedikit juadah untuk dikongsi bersama (pot luck). Majlis akan dimulakan sekitar jam 8.30 malam dan bakal dihadiri oleh beberapa jemputan & kenamaan. Menu utama akan disediakan oleh pihak penganjur. Walaubagaimanapun sebarang tajaan dalam bentuk wang ringgit, makanan/minuman amat-amat dihargai. Namun diharap agar dapat dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak AJK untuk mengelakkan sebarang pembaziran serta memudahkan urusan.

Diharapkan program-program yang diatur ini dapat mengeratkan lagi tali sillaturrahim antara penduduk sempena Lebaran yang mulia. Juga diharapkan agar semua penduduk dapat sama-sama menjayakan program ini, Insyaallah. Harap dapat dihebahkan kepada jiran-jiran terdekat. Pemberitahuan melalui SMS dan pamplet akan dibuat sedikit masa lagi.

Sekian terima kasih.

AJK Publisiti, Zahrin
012-7659144
LARIAN SEMARAK MPPG




PERJUMPAAN BERSAMA POLIS
Penjenayah yang semakin bebas, tambahan pula tempat yang jauh dengan taman lain membuatkan Jenayah menjadi-jadi sejak akhir ini. Oleh itu pelbagai cara telah dilakukan seperti menubuhkan kumpulan rondaan bagi menjaga kawasan pada waktu malam. Justeru itu Pihak Polis juga tidak terlepas daripada tanggungjawab menjaga keselamatan penduduk daripada Penjenayah yang semakin berani menceroboh kawasan sama.



Tarikh : 06.03.2010
Tempat : Pondok Pak Mat Jln Ixora 41
Masa : 8.45 malam

Aturcara Majlis
8.45mlm ;Semua penduduk Ixora 2B berkumpul
9.00mlm ;Ketibaan tetamu jemputan dari Balai Polis Tmn Scientek
ASP Sobri - Ketua Polis Balai Tmn Scientek bersama 5 anggota
En.Balan - Ahli Majlis untuk kawasan Bandar Bistari Perdana
9.10mlm ;Bacaan Doa Selamat Oleh Tn.Hj Mat Shah
9.15mlm ; Ucapan Dari Pengerusi BBP IX 2B - En.Khairulamir
9.25mlm ;Ucapan Alu -aluan dari En.Balan
9.35mlm ;Ucapan / Penerangan dari Ketua Polis Balai Tmn. Scientek
10.45mlm ; Sesi soal jawab / cadangan antara penduduk dengan pihak polis
11.30mlm ; Penyampaian Cenderahati
11.45mlm ; Bacaan Doa Penutup Oleh Tn.Hj. Mat Shah
12.00mlm ; Jamuan ringan dan bersurai